Friday 22 February 2013

Sesi Uji Rasa Makanan bersama Francaisi-Francaisi OTAi

Salam Ukhwah untuk semua pengunjung OTAi Sdn Bhd,

Pada 18 Februari 2013 hari Isnin yang lalu, warga Jabatan Latihan dan Pemasaran (JLP) OTAi Franchise Sdn Bhd bersama Francaisi-Francaisi Hardcore telah turun ke RTC Gopeng, Perak untuk sesi uji rasa menu baru bagi Kiosk Statik OTAi di sana. 


Pada jam 2.00 petang setelah menghadiri sesi Forum "Muflis@Bankrap.. Anda Masih Ada Peluang Kedua", semua warga OTAi bertolak ke Perak untuk meneruskan perjuangan OTAi dalam industri makanan ini. Kehadiran CEO OTAi Franchise Sdn Bhd turut menyuntik semangat kepada para Francaisi OTAi untuk lebih maju ke hadapan sebagaimana kejayaan yang telah dikecapi oleh Muhammad Haffiz Bin Ahmad Nazari, 22 tahun. 


Ikuti sedikit latar belakang Muhammad Haffiz yang merupakan Usahawan Muda Hardcore OTAi Franchise Sdn Bhd..


Nama : Muhammad Haffiz Bin Ahmad Nazari
Umur : 22 Tahun
Adik-Beradik : 6 Orang (Anak Pertama)
Asal : Beruas, Perak
Kelulusan : SPMV(Kimpalan Fabrikasi Logam)
Pengalaman : 2 Tahun 2 Bulan Praktikal Di OTAi
Pekerjaan Sekarang : Usahawan Otai Burger (8 Bulan)




Ikuti sedikit sebanyak Gambar-gambar Aktiviti pada hari tersebut...

Antara Menu Baru

Kumpulan JLP turut membantu krew kiosk OTAi menyediakan makanan untuk sesi uji rasa.

Untuk pengetahuan umum, pakaian korporat OTAi terbahagi kepada tiga warna di mana baju korporat Merah mewakili Jabatan Latihan dan Pemasaran, Hitam merupakan pakaian korporat bagi Francaisi OTAi, dan Biru merupakan baju korporat untuk krew OTAi Franchise. Manakala setiap krew kiosk OTAi akan memakai t-shirt uniform berwarna biru.

Namun, krew-krew kiosk OTAi ini juga akan dididik untuk menjadi Usahawan OTAi (Francaisi) jika mereka benar-benar berminat dan berusaha untuk memajukan diri. Sebagai contoh, kita boleh melihat bagaimana Muhammad Haffiz dapat bertapak sebagai Francaisi OTAi Franchise Sdn Bhd setelah beliau menjadi pelatih di gerai OTAi selama 2 tahun 2 bulan. Usaha dan tekadlah yang menentukan kejayaan seseorang. Seharusnya anak-anak muda di luar sana mengambil iktibar dari kejayaan yang telah dikecapi oleh Muhammad Haffiz. Kini beliau sudah mampu memiliki kereta Toyota Hilux setelah menguruskan 8 gerai OTAi dan terbaru adalah Kiosk Statik pertama beliau di RTC Gopeng ini.


Muhammad Haffiz bersama Kiosk Statik OTAi beliau..

Kiosk Statik OTAi Franchise ini terletak betul-betul di hadapan pintu masuk Agromall RTC Gopeng di bahagian Medan Selera. Kepada sesiapa yang ingin merasai keenakan Burger OTAi bolehlah mengunjungi Kiosk kami di sana.



Antara Francaisi Hardcore yang hadir serta anak-anak buah mereka


Encik Suhaimi Abas turut hadir memberi sokongan atas usaha Francaisi beliau..


Akhir kata, SEMOGA OTAi FRANCHISE SDN BHD MAJU JAYA SELALU,

Amin......




OTAi Franchise Sdn Bhd (611428-U)
No. 1-2, Jalan Melati Utama, Taman Melati Utama,
53100 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4107 7363    Fax: 03-4107 5363


No comments:

Post a Comment