PERUTUSAN PENGASAS

     Kegawatan ekonomi yang melanda negara sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada anak-anak muda lepasan sekolah untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Malah penuntut-penuntut yang lemah dan gagal dalam pelajaran akan menghadapi keadaan yang lebih sukar lagi.

     Persoalannya sekarang, siapakh yang sanggup menerima mereka yang rata-rata antara lingkungan 16-20 tahun ini, yang tidak mempunyai pengalaman dan lemah dalam akademik untuk bekerja berbanding dengan mereka yang mempunyai kelulusan yang lebih baik.

     Mungkin ada pihak yang mengesyorkan agar mereka ini menceburi bidang perniagaan namun kita harus ingat bahawa anak semuda ini tidak boleh lari dari memikirkan empat faktor penting atau ciri-ciri asas untuk menguruskan perniagaan iaitu:
  • Ilmu dan kemahiran dalam Pengurusan Perniagaan
  • Produk atau bahan mentah
  • Lokasi serta lesen perniagaan
  • Modal atau sumber kewangan
     Jika jawapan bagi keempat-empat faktor di atas adalah "sukar", adakah kita sanggup melihat anak-anak semuda ini terus dibiarkan tanpa sebarang pembelaan?

     Mungkin jika terus dibiarkan dan terbiar, ia boleh membawa masalah sosial dan seterusnya terlibat dalam kegiatan melepak, bohsia, bohjan, lumba haram, dadah, berjudi, mencuri, dan berbagai-bagai gejala negatif lain.

     Sudah tentu ini satu pembaziran kepada semua pihak. Masalah ini ada jawapannya melalui dasar yang dibawa oleh 'PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN ISLAM OTAi'

Sekadar Renungan :

Abdul Rahman bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW dan merupakan seorang saudagar yang kaya. Salah satu kunci kejayaan Abdul Rahman iaitu mengambil untung hanya pada tali unta bagi setiap ekor unta yang dijualnya. Walaupun keuntungannya sedikit, tetapi disebabkan ramai orang yang membeli unta daripada beliau kerana harga yang jauh lebih rendah berbanding penjual lain maka Abdul Rahman memperolehi keuntungan yang banyak hingga menjadi saudagar yang kaya.

Salam Perjuangan...
Otai Franchise Sdn Bhd
- Suhaimi Hj Abas

1 comment:

  1. We sell chiller & freezer. Japan brand. If interested please email mohd.iskandar.zr@g-sanden.com

    ReplyDelete