Sunday 17 March 2013

Program Santai OTAi Bersama Blogger


Baru-baru ini pada 7 Januari sehingga 27 Februari, OTAi Franchise Sdn Bhd telah menerima 2 orang Mentee dari Program Perdana Leader Fellowship. Pada 23 Mac 2013 ini salah seorang daripada mereka telah merangka Program Santai OTAi Bersama Blogger. 

Program tersebut dirangka atas kesedaran mentee tersebut terhadap kepentingan pembangunan ekonomi belia melalui galakan ke arah bidang keusahawanan. Melalui kerjasama Encik Suhaimi Abas, acara Bicara Petang Keusahawanan Islam akan diadakan selama 1 jam bersama Blogger-Blogger yang sudi menyeru hasrat tersebut. Tiada bayaran dikenakan kepada peserta program Santai ini dan pihak OTAi berbesar hati menjemput para Blogger untuk merasai produk terbaru kami iaitu Burger Speso, Longtai, dan Hotdog Jumbo. 

Bagi Blogger yang berminat, boleh terus menghubungi Cik Wan Nurshahida di talian 013-405 7520 untuk pengesahan kehadiran. Kami berharap program yang dijalankan akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga lebih ramai usahawan muda dilahirkan kelak. "Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Satu Langkah". Semoga kita berada dalam kalangan orang-orang yang berjaya. Amin...... 

Maklumat Program:

Program Santai Otai Bersama Blogger dan Pelancaran Produk Baru OTAi Burger
Tempat: Pejabat OTAi Franchise Sdn Bhd
             No 1-2, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama,
             53100 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh : 23 Mac 2013, Sabtu
Masa  :  2.00ptg - 5.00 ptg


Friday 22 February 2013

Sesi Uji Rasa Makanan bersama Francaisi-Francaisi OTAi

Salam Ukhwah untuk semua pengunjung OTAi Sdn Bhd,

Pada 18 Februari 2013 hari Isnin yang lalu, warga Jabatan Latihan dan Pemasaran (JLP) OTAi Franchise Sdn Bhd bersama Francaisi-Francaisi Hardcore telah turun ke RTC Gopeng, Perak untuk sesi uji rasa menu baru bagi Kiosk Statik OTAi di sana. 


Pada jam 2.00 petang setelah menghadiri sesi Forum "Muflis@Bankrap.. Anda Masih Ada Peluang Kedua", semua warga OTAi bertolak ke Perak untuk meneruskan perjuangan OTAi dalam industri makanan ini. Kehadiran CEO OTAi Franchise Sdn Bhd turut menyuntik semangat kepada para Francaisi OTAi untuk lebih maju ke hadapan sebagaimana kejayaan yang telah dikecapi oleh Muhammad Haffiz Bin Ahmad Nazari, 22 tahun. 


Ikuti sedikit latar belakang Muhammad Haffiz yang merupakan Usahawan Muda Hardcore OTAi Franchise Sdn Bhd..


Nama : Muhammad Haffiz Bin Ahmad Nazari
Umur : 22 Tahun
Adik-Beradik : 6 Orang (Anak Pertama)
Asal : Beruas, Perak
Kelulusan : SPMV(Kimpalan Fabrikasi Logam)
Pengalaman : 2 Tahun 2 Bulan Praktikal Di OTAi
Pekerjaan Sekarang : Usahawan Otai Burger (8 Bulan)




Ikuti sedikit sebanyak Gambar-gambar Aktiviti pada hari tersebut...

Antara Menu Baru

Kumpulan JLP turut membantu krew kiosk OTAi menyediakan makanan untuk sesi uji rasa.

Untuk pengetahuan umum, pakaian korporat OTAi terbahagi kepada tiga warna di mana baju korporat Merah mewakili Jabatan Latihan dan Pemasaran, Hitam merupakan pakaian korporat bagi Francaisi OTAi, dan Biru merupakan baju korporat untuk krew OTAi Franchise. Manakala setiap krew kiosk OTAi akan memakai t-shirt uniform berwarna biru.

Namun, krew-krew kiosk OTAi ini juga akan dididik untuk menjadi Usahawan OTAi (Francaisi) jika mereka benar-benar berminat dan berusaha untuk memajukan diri. Sebagai contoh, kita boleh melihat bagaimana Muhammad Haffiz dapat bertapak sebagai Francaisi OTAi Franchise Sdn Bhd setelah beliau menjadi pelatih di gerai OTAi selama 2 tahun 2 bulan. Usaha dan tekadlah yang menentukan kejayaan seseorang. Seharusnya anak-anak muda di luar sana mengambil iktibar dari kejayaan yang telah dikecapi oleh Muhammad Haffiz. Kini beliau sudah mampu memiliki kereta Toyota Hilux setelah menguruskan 8 gerai OTAi dan terbaru adalah Kiosk Statik pertama beliau di RTC Gopeng ini.


Muhammad Haffiz bersama Kiosk Statik OTAi beliau..

Kiosk Statik OTAi Franchise ini terletak betul-betul di hadapan pintu masuk Agromall RTC Gopeng di bahagian Medan Selera. Kepada sesiapa yang ingin merasai keenakan Burger OTAi bolehlah mengunjungi Kiosk kami di sana.



Antara Francaisi Hardcore yang hadir serta anak-anak buah mereka


Encik Suhaimi Abas turut hadir memberi sokongan atas usaha Francaisi beliau..


Akhir kata, SEMOGA OTAi FRANCHISE SDN BHD MAJU JAYA SELALU,

Amin......




OTAi Franchise Sdn Bhd (611428-U)
No. 1-2, Jalan Melati Utama, Taman Melati Utama,
53100 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4107 7363    Fax: 03-4107 5363


Forum Muflis@Bankrap.. Anda Masih Ada Peluang Kedua - PART 3

Forum..

Panel Seterusnya Datuk Nadzim mengetengahkan empat isu utama mengapa seseorang itu jatuh muflis. Beliau menekankan bahawa kebanyakan peminjam kepada Pinjaman Bank Mikro ditindas oleh sistem Bank itu sendiri dimana pihak Bank terus menolak pinjaman mereka untuk 3 bulan faedah pada bulan pertama. Syarikat yang baru ditubuhkan belum lagi stabil tetapi Bank begitu tegar mengambil kesempatan di atas kesempitan para peminjam. 

Keduanya, mangsa Muflis juga adalah disebabkan berlakunya pinjaman kereta ke-2 tanpa pengetahuan mereka sendiri. Kemungkinan ada pihak yang memanipulasikan keadaan dan yang menjadi mangsa adalah orang terbabit. Seterusnya, beliau juga mengatakan ada kes yang berlaku dimana mangsa langsung tidak tahu menahu bahawa dia diisytiharkan bankrap kerana berhutang RM24,000,000. Kes ini amat berat dan kita harus mengambil langkah berjaga-jaga agar kad pengenalan, tandatangan, mahupun cop jari kita tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Akhir sekali, beliau memberi contoh ada segelintir mangsa yang ditipu oleh pihak pemaju perumahan yang bekerjasama dengan pihak Bank dan akhirnya rumah yang dijanjikan tidak siap, mereka pula yang diisytiharkan muflis. Keadaan yang berlaku pada mereka ini kemudiannya menyebabkan mereka disenaraihitamkan dan maklumat juga terkumpul di CTOS. Apabila maklumat mereka kekal di dalam sistem CTOS ini, segala urusan perniagaan amat sukar dijalankan kerana pemberi kredit tidak mahu berurusan dengan mereka yang telah disenaraihitamkan. Seharusnya, para usahawan yang tekad ini diberi peluang kedua untuk mereka bangun daripada kegagalan sebelum ini sedangkan usahawan seperti Steve Job dan Bill Gates juga berjaya setelah diberikan peluang kedua. 

## CTOS adalah organisasi yang membekalkan maklumat kepada Pemberi Kredit melalui media elektronik. Pengguna Utama sistem CTOS adalah bank, pembiaya, peniaga, firma-firma sekuriti, syarikat-syarikat insurans, kredit dan syarikat-syarikat kad caj dan firma undang-undang.

Seterusnya, Forum dibuka untuk mendengar luahan dan pandangan daripada para hadirin yang dijemput yang kebanyakannya adalah mangsa Muflis yang dianiaya.


Encik Rafi
Encik tersebut mencadangkan agar dihapuskan sistem kroni. Seharusnya kekayaan negara dibahagi sama rata kepada rakyat. Kerjasama PPIM dan Sukaguam amat diperlukan dalam hal ini bagi memastikan sesuatu cadangan itu dilaksanakan. Dia juga meluahkan rasa tidak puas hati apabila janji yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai pinjaman RM50,000 tanpa faedah kepada penjaja yang mempunyai masalah melalui Bank Rakyat menghadapi penolakan. Hal ini berlaku kerana Bank Rakyat meletakkan syarat pengesahan maklumat mereka daripada CTOS sedangkan mereka diberi harapan agar memperoleh peluang kedua dari pihak kerajaan untuk bangun daripada kegagalan lepas. 

Encik Mansor Muhammad
Encik tersebut mencadangkan agar Menteri yang terlibat untuk turun padang memantau sendiri agensi-agensi kerajaan seperti Bank Negara yang menindas rakyat. Tindakan harus diambil kerana apa yang dijanjikan tidak selari dengan perlaksanaan.

Encik Mohd Iskandar
Encik Mohd Iskandar pada ketika itu cuba untuk menyejukkan keadaan di mana situasi sangat panas dengan isu perlaksanaan oleh agensi-agensi terbabit. Dia menasihatkan agar setiap individu agar berfikiran terbuka dan menimbang setiap perkara dengan rasional (check and balance). Dia juga menasihatkan agar sesuatu keputusan tidak dibuat berdasarkan emosi semata-mata.

Seterusnya, forum diteruskan dengan pendekatan para panel untuk memberi maklumbalas terhadap cadangan dan luahan hati tersebut.

Dato' Moehamad Izat menghujahkan peribahasa beliau "jangan kerana rumput, mati kuda terjelir". Hal ini berkaitan dengan insiden dimana banyak syarikat yang tertipu dan tertindas disebabkan masalah perjanjian. Oleh hal yang demikian, beliau menasihatkan para usahawan agar tidak takut untuk rugi melabur dalam hal guaman syarikat. Melabur untuk upah peguam adalah lebih baik daripada ditipu di masa hadapan.

Datuk Khairul Anwar pula menguatkan hujah beliau mengenai 'Sistem Ekonomi Pisau' dimana tiada kesamarataan di dalam tindakan terhadap kelas atasan dan bawahan mengenai ketegasan Insolvensi menjatuhkan hukuman kebankrapan. Oleh itu, beliau menegaskan pihak sukaguam akan menghantar memorandum pemindaan Akta Kebankrapan 1967 dengan kadar segera sebelum pembubaran Parlimen.

Hj Mohd Zulfi, Perak
Encik tersebut meluahkan masalah yang dihadapinya apabila ditipu oleh pihak peguam untuk menyelesaikan masalah kebankrapan yang dihadapinya semenjak 12 tahun yang lalu. Beribu-ribu wang telah dibayar kepada pihak guaman namun tiada sebarang surat yang sampai ke pihak Insolvensi. 
Bagi permasalahan ini, Datuk Khairul Anwar pasti bahawa jenayah kolar putih ini dapat diselesaikan dengan membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin Negeri dan bersedia untuk membantu Encik tersebut melalui organisasi Sukaguam. Usaha sukarelawan peguam seperti ini amat bagus dalam membantu golongan-golongan yang teraniaya.




Forum Muflis@Bankrap... Anda Masih Ada Peluang Kedua - PART 2

Ikuti perbincangan Forum tersebut...

Panel kedua pula mengulas mengenai Sistem Perkhidmatan Pelanggan di Insolvensi di mana pihak JIM memperlakukan harta para mangsa Muflis seperti harta mereka sendiri. Harta yang diuruskan oleh mereka dilelong pada harga yang murah dan mereka hanya menitikberatkan untuk mengutip hutang tanpa memikirkan belas kasihan terhadap mangsa Muflis. 

Beliau juga memberikan sedikit senario mengenai rompakan. Mangsa-mangsa Insolvensi ini ibarat diikat kaki dan tangan apabila mereka diisytiharkan bankrap, malah akaun bank juga dibekukan menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan harian seperti urusan perniagaan dan pinjaman seperti biasa. Hal ini seharusnya dikaji, bukankah tindakan ini sendiri yang menyebabkan seseorang itu terjebak dengan kes mencuri dan merompak? Tekanan hidup kerana disenaraihitamkan akan menyebabkan kemelaratan hidup rakyat semata-mata. Justeru, cadangan agar Jabatan Insolvensi Negara (JIM) harus dipertimbangkan demi kebaikan rakyat yang tertindas.

Panel seterusnya menekankan nasib Usahawan yang dijatuhkan hukum Muflis. Mereka ini ditindas oleh birokrasi dan ketidaksamaan yang dilakukan oleh pihak JIM. Oleh itu, panel menyarankan agar pegawai yang memegang jawatan di dalam Insolvensi haruslah ditapis hati budi mereka sebelum mentadbir Jabatan tersebut.

Seterusnya, panel pertama mempersoalkan mengenai keberkesanan Insolvensi itu sendiri. Akta Kebankrapan 1967 sebelum ini tidak pernah dipinda. Nilai RM30,000 yang dijadikan had untuk menjatuhkan hukum seseorang itu Muflis sudah tidak releven dengan nilai mata wang sekarang. Selain itu, beliau turut menyuarakan mengenai isu jika Pegawai A yang menjadi penjamin dan peminjam lari, lalu, wajarkah mereka ini dilepaskan daripada jawatan yang mereka pegang? Gaji RM5,000 setelah ditolak RM2,000 untuk membayar kepada pihak Insolvensi menyebabkan pengurangan duit sara hidup. Hal ini boleh menyebabkan kes rasuah meningkat dalam kalangan masyarakat untuk memenuhi keperluan hidup mereka. 

Oleh itu, inisiatif yang telah diambil oleh pihak Sukaguam adalah dengan merangka "pihak guaman percuma" kepada orang-orang yang ditindas dan tidak berkemampuan ini. Bantuan Guaman 1 Malaysia dicadangkan untuk membebaskan kelompok Muflis ini. Selain itu, mereka juga memperjuangkan agar mangsa penjamin pinjaman pendidikan dan kad kredit agar mereka ini hanya harus membayar jumlah hutang principal tanpa faedah. Panel turut mengeluarkan hujah hadis untuk penghayatan bersama: 

وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (280)
“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, Maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 280).

Datuk Khairul Anwar Rahmat juga mencadangkan agar peruntukan 100 juta daripada keuntungan 3 billion Bank Negara setahun untuk membantu melupuskan kelompok Muflis ini. Hal ini seharusnya dijadikan platform kepada Bank Negara untuk melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) kepada rakyat terutama kepada kelompok Muflis yang kini sudah mencecah jumlah 240,000 dalam negara. 




Pencarian Pekerja Gerai OTAi Franchise Sdn Bhd

Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Blog Otai Franchise.

PENGUMUMAN!!

OTAi Franchise Sdn Bhd sedang mencari Pekerja Gerai Burger. Kami membuka ruang kepada Anda yang berminat untuk menyertai warga Otai...

Anda ingin BERJAYA? Kami sangat mengalu-alukan Orang yang BERMOTIVASI TINGGI untuk menyertai kami.

Anda tidak mempunyai apa-apa sijil? Tidak mengapa! Apa yang penting semangat yang BERKOBAR-KOBAR UNTUK MEMAJUKAN DIRI ANDA.

Kami ingin menjemput anda untuk menjadi USAHAWAN OTAI.

Bermula dengan Pekerja Gerai, anda akan diberikan latihan selama 6 bulan sebelum dilepaskan untuk menguruskan gerai anda sendiri.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. Kami amat menghargai Anda yang BENAR-BENAR INGIN BERJAYA..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah Nasib mereka sendiri" - Surah Ar-Ra'd; Ayat 11


JOM SERTAI KAMI!





OTAi Franchise Sdn Bhd (611428-U)
No. 1-2, Jalan Melati Utama, Taman Melati Utama,
53100 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4107 7363    Fax: 03-4107 5363

Thursday 21 February 2013

MENU BARU OTAi BURGER

Salam Sejahtera buat semua Pengunjung Blog OTAi Franchise Sdn Bhd,

Di sini kami akan paparkan harga produk Otai yang terkini disertai dengan Produk terbaru kami iaitu;

Burger Bakar
Burger Speso
Hot Dog Jumbo, dan
Longtai Ayam / Daging




Pasti anda tertanya-tanya apa KELEBIHAN PRODUK TERBARU kami...

"Burger Bakar - Aromanya menaikkan selera anda untuk menikmati hidangan ini.. Daging yang lebih tebal daripada biasa, diramukan khas bersama LADA HITAM, ia pasti memikat selera ANDA!"
"Burger Speso - Dagingnya yang tebal digoreng dengan cincangan padu menghasilkan hidangan yang HEBAT! Jika anda inginkan Burger yang BESAR, Speso adalah pilihan yang TEPAT!"
"Hot Dog Jumbo - Nikmati Sosej yang lebih besar barsama OTAi, Anda pasti berpuas hati dengan saiznya yang lebih BESAR dan SEDAP!"
"Longtai Ayam / Daging - Roti John yang dijenamakan di bawah OTAi, Longtai yang PANJANG pasti memuaskan hati anda yang menikmatinya."

Dapatkan Produk kami di Gerai-Gerai Berdekatan anda...



OTAi Franchise Sdn Bhd (611428-U)
No. 1-2, Jalan Melati Utama, Taman Melati Utama,
53100 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4107 7363    Fax: 03-4107 5363


Wednesday 20 February 2013

Forum Muflis@Bankrap - Anda Masih Ada Peluang Kedua - PART 1


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  1. وَالْعَصْرِ Demi masa.
  2. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
[Surah Al-'Asr]
Tarikh    : 18 Februari 2013 (Isnin)
Masa       : 8.30pg - 1.30ptg
Tempat   : Dewan Tun Dr Ismail, PWTC KL


18 Februari 2013, Isnin - Dewan Tun Dr Ismail PWTC dibanjiri oleh individu-individu yang telah diisytiharkan bankrap dan hampir bankrap. Isu ini membawa mereka dari seluruh pelusuk Malaysia samada dari Sabah, Perlis, Terengganu, Selangor, dan lain-lain. Majlis ini telah dirasmikan oleh Khairy Jamaluddin selaku Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO. Tujuan Forum ini diadakan adalah untuk mencari penyelesaian bagi mereka yang disenaraihitamkan serta diisytihar muflis terutama golongan muda bagi mendapatkan kembali hak mereka serta bebas dari belenggu bankrap.

Setelah ucapan daripada Khairy Jamaluddin selesai dan beriringan ke bilik media, suasana mula menjadi gamat serta berbahang emosi apabila pihak penganjur mengumumkan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia dan Bank Negara tidak dapat menghadirkan diri ke Forum tersebut. Hal ini amat mengecewakan para hadirin kerana mereka sanggup mengambil inisiatif untuk berkumpul di sana pada hari tersebut bagi membincangkan masalah yang membelenggu mereka selama ini secara bersama.

Moderator yang sangat berhikmah dalam berbicara iaitu Dr Wan Sabri Wan Hussin, Timbalan Presiden HEP Kolej Poly-Tech MARA telah memperkenalkan 3 orang panel jemputan pada pagi itu iaitu Datuk Paduka Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Khairul Anwar Rahmat, Presiden Sukarelawan Peguam (Sukaguam), dan Dato' Moehamad Izat Emir Bin Achmad Habechi, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).

Warga OTAi Franchise Sdn Bhd turut sama mengikuti Forum tersebut bagi mengikuti isu-isu semasa mengenai mangsa-mangsa Muflis ini. Kejadian yang menimpa mangsa Muflis ini dapat dijadikan iktibar oleh para warga OTAi supaya berhati-hati dalam melaksanakan urusan perniagaan di masa hadapan. Terdapat permasalahan yang berpunca daripada menjadi direktor syarikat dan kemudiannya menanggung hutang syarikat yang bukan milik mereka haruslah diteliti oleh setiap usahawan tunas agar tidak dipergunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. 

Berdasarkan rekod, pihak penganjur mendapati, ramai yang bankrap adalah disebabkan pinjaman sewa beli kenderaan iaitu sekitar 26 peratus, pinjaman perumahan (12 peratus), hutang (21 peratus), pinjaman persendirian (13 peratus) dan pinjaman perniagaan sebanyak 11 peratus.

Antara isu yang dipersoalkan oleh Dato' Khairul Anwar adalah, adakah Akta Kebankrapan 1967 masih relevan di Abad 21 ini sedangkan Akta tersebut telah dilaksanakan melebihi 3 abad yang lalu. 'Sistem Ekonomi Pisau' yang tajam diperingkat bawah dan tumpul diperingkat atas menunjukkan pihak bertindak hanya menekan golongan bawahan di mana golongan atasan yang berhutang berjuta-juta masih terlepas dari hukuman Muflis manakala golongan bawah terus dijatuhkan hukum Muflis jika hutang mereka melebihi RM30,000. Nilai kini sudah tidak sama dengan nilai zaman dahulu. Sehubungan itu, Akta Kebankrapan 1967 disarankan agar dikaji semula oleh pihak berkuasa. Justeru itu, pihak Sukaguam yang diwakili oleh Dato' Khairul Anwar dengan jawatankuasa beliau telah merangka memorandum untuk dibentangkan di Parlimen bagi memastikan rakyat yang tertindas mendapat pembelaan. 



Dirasmikan oleh :
Khairy Jamaluddin, Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO

Moderator :
Dr Wan Sabri Wan Hussin, Timbalan Presiden HEP Kolej Poly-Tech MARA


Ahli Panel :
Datuk Paduka Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Dato' Khairul Anwar Rahmat, Presiden Sukarelawan Peguam (Sukaguam)
Y. Bhg. Dato' Moehamad Izat Emir Bin Achmad Habechi, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)

Tuesday 12 February 2013

POTONGAN HARGA BAGI YURAN PENYERTAAN KLINIK USAHAWAN PKNS

SALAM SEJAHTERA KEPADA PENGUNJUNG BLOG OTAi FRANCHISE SDN BHD SEKALIAN...


KINI PIHAK KAMI TELAH MENGURANGKAN YURAN PENYERTAAN BAGI SESIAPA YANG MENDAFTAR SEBELUM 15 FEBRUARI 2013.

YURAN SEBELUM INI ADALAH RM100, KINI ANDA DAPAT MENYERTAI KLINIK TERSEBUT DENGAN HANYA MEMBAYAR RM50 SAHAJA.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI !!!

Sesungguhnya 9/10 Rezeki Datangnya dari Perniagaan. 

~ HADIS RIWAYAT TARMIZI

PERJALANAN 1000 BATU BERMULA DENGAN SATU LANGKAH.

JIKA ANDA INGIN MERUBAH DIRI ANDA KE PUNCAK KEJAYAAN, MULAKAN LANGKAH KEJAYAAN ANDA SEKARANG.

JOM JADI USAHAWAN ISLAM BERJAYA! 

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...

KLINIK USAHAWAN PKNS BERSAMA OTAi



OTAi dengan kerjasama pihak PKNS ingin menjemput anda yang berminat untuk menyertai KLINIK USAHAWAN PKNS.

Maklumat Bengkel adalah seperti berikut;

Klinik Usahawan PKNS bersama OTAi 
Tarikh    : 16 Februari 2013, Sabtu 
Tempat  : Tingkat 3, PKNS Bizpoint, Seksyen 7 Shah Alam
Masa       : 8.30pg -6.30ptg   
Yuran Penyertaan  : RM100 (Makanan dan sijil disediakan)


* Pinjaman akan diberikan kepada yang berkelayakan.

Sila maklumkan kehadiran anda sebelum 13 Februari 2013 untuk tempahan tempat.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi pihak OTAi sendiri di talian 03-4107 7363.





OTAi Franchise Sdn Bhd (611428-U)
No. 1-2, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama,
53100 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-4107 7363
Fax: 03-4107 5363


Saturday 9 February 2013

ROADSHOW KEUSAHAWANAN ISLAM PERCUMA BERSAMA SUHAIMI ABAS (CEO OTAi) DAN ANAK-ANAK DIDIK BELIAU


~ Organisasi Tempat Ambil Ilmu ~

"DI SINI USAHAWAN DILAHIRKAN"


KAMI KINI MENJEMPUT ANDA MENYERTAI
ROADSHOW KEUSAHAWANAN ISLAM BERSAMA ENCIK SUHAIMI ABAS,
PENGASAS KEPADA OTAi FRANCHISE SDN BHD.

ROADSHOW TERSEBUT AKAN MENDEDAHKAN RAHSIA KEJAYAAN BELIAU
SEPANJANG 20 TAHUN MEMBANGUNKAN ORGANISASI OTAi BURGER.
ROADSHOW INI JUGA AKAN MENDEDAHKAN PERKONGSIAN KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN ANAK-ANAK DIDIK BELIAU.

SERTAI ROADSHOW INI DISEKITAR KEDAH DAN PERAK.

ANDA INGIN BERJAYA?

BUKTIKAN WALAUPUN ANDA HANYA MEMILIKI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. SIJIL TIDAK MENENTUKAN KEJAYAAN SESEORANG.

APA YANG PENTING, KEINGINAN YANG MENDALAM, USAHA YANG BERTERUSAN, DISIPLIN DIRI, DAN TAWAKAL KEPADA YANG ESA. IN SHAA ALLAH ANDA AKAN TEMUI KEJAYAAN..

IKUTI BAGAIMANA OTAi DAPAT MENJADI BATU LONCATAN KEPADA PERNIAGAAN YANG ANDA IMPIKAN.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" 
[Surah Ar-Rad: Ayat 11]


ROADSHOW TERSEBUT AKAN DIADAKAN DI BEBERAPA LOKASI;

20 FEBRUARI 2013 (RABU), 10.00 MALAM
DEWAN TRISHA, TINGKAT 3,
MY HOTEL, LOT 557 & 559,
BANDAR KUAH, 0700 LANGKAWI, KEDAH

22 FEBRUARI 2013 (JUMAAT), 10.00 MALAM
DEWAN ORANG RAMAI,
KG GELONG, MUKIM GELONG,
06000 JITRA, KEDAH

23 FEBRUARI 2013 (SABTU), 10.00 MALAM
DEWAN KG BUKIT PATONG,
MUKIM RAMBAI,
06760 PENDANG, KEDAH

24 FEBRUARI 2013 (AHAD), 10.00 MALAM
DEWAN EDAMAN CHALET,
NO PT. 2100 KG LABUHAN BILIS,
TELUK SENANGIN,
32100 LUMUT, PERAK


UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI ROADSHOW TERSEBUT,
SILA HUBUNGI

ENCIK ZULKIFLI ABDULLAH
017-310 4707




OTAi FRANCHISE SDN BHD (611428-U)
NO 1-2, JALAN MELATI UTAMA 4, MELATI UTAMA,
53100 SETAPAK, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
TEL: 03-4107 7363   FAX: 03-4107 5363
JABATAN LATIHAN DAN PEMASARAN:
PN HAFIFAH   017-986 8830
PN AKMAR     017-611 5953

Friday 1 February 2013

PEKERJA GERAI BURGER DIPERLUKAN SEGERA


SALAM 1 MALAYSIA,

KINI OTAI BURGER MEMBUKA PELUANG KEPADA ANAK-ANAK MUDA LEPASAN SPM UNTUK MENCARI PENGALAMAN DI DALAM BIDANG KEUSAHAWAN BURGER.

OTAI BURGER KINI MENJADI BATU LONCATAN UNTUK ANDA MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN YANG LEBIH BESAR. BERMULA SEBAGAI PEKERJA GERAI, ANDA AKAN DILATIH UNTUK MENGURUSKAN PERNIAGAAN ANDA SENDIRI.

KAMI NAMAKAN PROGRAM INI SEBAGAI;

ON-JOB-TRAINING

JIKA ANDA BENAR-BENAR BERMINAT UNTUK MENJADI FRANCHISEE KAMI, SILA HUBUNGI TALIAN PEJABAT DI 03-41077363.

UNTUK MENJADI FRANCHISEE, ANDA AKAN DILATIH SELAMA 6 BULAN DI BAWAH PEMANTAUAN OTAI FRANCHISE SDN BHD.

KAMI AKAN MEMBANTU ANDA UNTUK MENDAPATKAN MODAL MELALUI MARA, TEKUN, MAHUPUN SME BANK. 

APA YANG ANDA PERLUKAN ADALAH SEMANGAT JUANG YANG TINGGI UNTUK BERJAYA DAN MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA KEPADA YANG LEBIH BAIK.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka” (13:11)


## iklan di Mudah.my

Pembukaan Kiosk Statik OTAi Franchise di RTC Gopeng

Salam Sejahtera,

Di sini kami sangat berbesar hati mengumumkan bahawa Kiosk Statik Pertama kami telah dibuka di RTC Gopeng, Perak.




Kami amat mengalu-alukan penduduk sekitar untuk berkunjung ke Kiosk kami.

Ini adalah langkah kami untuk terus bertapak di dalam industri makanan.

Terima kasih kepada pengunjung setia gerai-gerai OTAi Franchise sebelum ini kerana tanpa anda, siapalah kami..

Teruslah menyokong kami..



OTAi Franchise Sdn Bhd (611428-U)
No. 1-2, Jalan Melati Utama, Taman Melati Utama,
53100 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-4107 7363    Fax: 03-4107 5363