Friday 22 February 2013

Forum Muflis@Bankrap... Anda Masih Ada Peluang Kedua - PART 2

Ikuti perbincangan Forum tersebut...

Panel kedua pula mengulas mengenai Sistem Perkhidmatan Pelanggan di Insolvensi di mana pihak JIM memperlakukan harta para mangsa Muflis seperti harta mereka sendiri. Harta yang diuruskan oleh mereka dilelong pada harga yang murah dan mereka hanya menitikberatkan untuk mengutip hutang tanpa memikirkan belas kasihan terhadap mangsa Muflis. 

Beliau juga memberikan sedikit senario mengenai rompakan. Mangsa-mangsa Insolvensi ini ibarat diikat kaki dan tangan apabila mereka diisytiharkan bankrap, malah akaun bank juga dibekukan menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan harian seperti urusan perniagaan dan pinjaman seperti biasa. Hal ini seharusnya dikaji, bukankah tindakan ini sendiri yang menyebabkan seseorang itu terjebak dengan kes mencuri dan merompak? Tekanan hidup kerana disenaraihitamkan akan menyebabkan kemelaratan hidup rakyat semata-mata. Justeru, cadangan agar Jabatan Insolvensi Negara (JIM) harus dipertimbangkan demi kebaikan rakyat yang tertindas.

Panel seterusnya menekankan nasib Usahawan yang dijatuhkan hukum Muflis. Mereka ini ditindas oleh birokrasi dan ketidaksamaan yang dilakukan oleh pihak JIM. Oleh itu, panel menyarankan agar pegawai yang memegang jawatan di dalam Insolvensi haruslah ditapis hati budi mereka sebelum mentadbir Jabatan tersebut.

Seterusnya, panel pertama mempersoalkan mengenai keberkesanan Insolvensi itu sendiri. Akta Kebankrapan 1967 sebelum ini tidak pernah dipinda. Nilai RM30,000 yang dijadikan had untuk menjatuhkan hukum seseorang itu Muflis sudah tidak releven dengan nilai mata wang sekarang. Selain itu, beliau turut menyuarakan mengenai isu jika Pegawai A yang menjadi penjamin dan peminjam lari, lalu, wajarkah mereka ini dilepaskan daripada jawatan yang mereka pegang? Gaji RM5,000 setelah ditolak RM2,000 untuk membayar kepada pihak Insolvensi menyebabkan pengurangan duit sara hidup. Hal ini boleh menyebabkan kes rasuah meningkat dalam kalangan masyarakat untuk memenuhi keperluan hidup mereka. 

Oleh itu, inisiatif yang telah diambil oleh pihak Sukaguam adalah dengan merangka "pihak guaman percuma" kepada orang-orang yang ditindas dan tidak berkemampuan ini. Bantuan Guaman 1 Malaysia dicadangkan untuk membebaskan kelompok Muflis ini. Selain itu, mereka juga memperjuangkan agar mangsa penjamin pinjaman pendidikan dan kad kredit agar mereka ini hanya harus membayar jumlah hutang principal tanpa faedah. Panel turut mengeluarkan hujah hadis untuk penghayatan bersama: 

وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (280)
“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, Maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 280).

Datuk Khairul Anwar Rahmat juga mencadangkan agar peruntukan 100 juta daripada keuntungan 3 billion Bank Negara setahun untuk membantu melupuskan kelompok Muflis ini. Hal ini seharusnya dijadikan platform kepada Bank Negara untuk melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) kepada rakyat terutama kepada kelompok Muflis yang kini sudah mencecah jumlah 240,000 dalam negara. 




No comments:

Post a Comment