LATAR BELAKANG ORGANISASI

Pengasas OTAi





Biodata Pengasas

Nama : SUHAIMI ABAS
Umur : 40 tahun
Tempat Lahir : Pantai Remis, Manjung, Perak
Adik Beradik : 10 orang (Anak Pertama)
Kelulusan : SPM
Pengalaman : Bekerja 3 tahun
                    Berniaga 20 tahun
Jawatan : Group CEO Kumpulan Syarikat OTAi



Suhaimi Abas dilahirkan pada 18 September 1973 di Pantai Remis, Perak. Ketika berumur 17 tahun selepas menduduki peperiksaan SPM, beliau telah berhijrah ke Chow Kit Kuala Lumpur untuk membantu bapa saudara beliau berniaga.

Tiga tahun kemudian, beliau telah memulakan perniagaan bersama seorang kawan, tetapi dua tahun selepas itu, perniagaan tersebut mengalami kegagalan.

Beliau telah memulakan satu perniagaan baru dengan menjual burger. Beberapa tahun kemudian, beliau telah menubuhkan 'OTAi'.

Otai yang membawa maksud 'Organisasi Tempat Ambil Ilmu' diaplikasikan dari pengalaman beliau selama 20 tahun dalam dunia perniagaan burger. Cetusan idea ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda dan memastikan mereka dapat belajar kaedah dan teknik yang betul tentang perniagaan burger yang telah terbukti keberkesanannya.

Otai Franchise Sdn Bhd telah dibangunkan oleh beliau sebagai "Pusat Setempat" yang menyediakan semua keperluan perniagaan burger di bawah satu bumbung yang merangkumi:

1. PUSAT LATIHAN USAHAWAN OTAi

2. MEMBUAT DAN MEMBEKAL KIOSK SERTA PERALATAN MEMASAK BURGER

3. MEMBEKAL DAN MENGEDAR BARANGAN BURGER

4. MENGURUSKAN LOKASI SERTA LESEN PERNIAGAAN BURGER

5. PENGURUSAN MODAL PERNIAGAAN (MARA, TEKUN, PNS, PUNB, DAN SME BANK)

6. KAWALAN MUTU DAN SERVIS BERTERUSAN


KELEBIHAN SYARIKAT OTAi


  • Modal francais makanan yang terendah diantara francais-francais di Malaysia
  • Jenama yang terus unggul dan telah berada di pasaran melebihi 150 lokasi kiosk semi statik yang sedia ada.
  • Sokongan pelanggan yang berterusan.
  • Aliran tunai yang mudah dan 100% menguntungkan.
  • Mempunyai resipi yang tersendiri di dalam setiap kandungan produk OTAi.
  • Francais makanan segera yang berpotensi tanpa dipengaruhi oleh masalah ekonomi global.

SOKONGAN KAMI SEBAGAI PEMBERI FRANCAIS

A) Sebelum Operasi
  • Kelulusan pemilihan lokasi perniagaan.
  • Latihan dan sokongan sebelum membuka perniagaan.
  • Membantu pemegang francais pada permulaan membuka perniagaan.
B) Semasa Operasi
  • Memberi khidmat nasihat yang berterusan.
  • Lawatan berkala dalam tempoh francais.
  • Menjalankan aktiviti iklan dan promosi menggunakan jenama OTAi seperti yang tertera dalam perjanjian.
  • Membekalkan keseluruhan barang keperluan francais.
  • Latihan yang berterusan.
  • Perjumpaan bulanan bersama francaisi-francaisi 'OTAi' yang lain.


JIKA BERMINAT, HUBUNGI KAMI SEGERA
"KEJAYAAN ANDA MATLAMAT KAMI"

19 comments:

  1. Salam saya nak job macam mana ye..

    ReplyDelete
  2. Salam saya nak tanya bagaimana cara nak join francais otai?

    ReplyDelete
  3. Salam. Bagaimana saya I gin membuka francaise and adalah memerlukan modal yg banyakk?

    ReplyDelete
  4. Berapa permulaAn untuk berniaga burger otai?

    ReplyDelete
  5. Salam, ada tak setakat ni francais ni disebelah utara

    ReplyDelete
  6. Boleh ka klu nk joint francais utk kawasan utara

    ReplyDelete
  7. Burger otai terlalu mahal dibandingkan bahan dan rasa... Moral nya sila makan burger tepi jalan sedap nya lain... Harga okey bahan burger pun okey..... Jangan pikirkan keuntungan sebelah pihak..... Harap dapat menambah baik rasa dan bahan penyediaan nya sesuai dengan harga buger nya..... Jika komen dan pelanggan tidak boleh dijawab dan dibalas ternyata pengurusan otai macam mana.... Ini asas perniagaan... Basic gagal.... Pengusaha baru lupakan lah

    ReplyDelete
  8. rasa dia biase2 je..mcm agak mual daging dia sbb dorang pakai daging brand sendiri yg tak kick mcm Ramly and lain2. satu lg, servis lambat. budak burger ni mcm byk leka smbil masak smbil layan henpon kt tepi la, beborak la. tu masalahnye bagi peluang kt budak2 yg bukan business centric tp nk handle bisnes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni betul..baru kjp tadi order daging double telur.yg dpt daging mcm x cukup masak.lps tu byk berborak..sampai lupa customer order apa.

      Delete
  9. Macam mana join bisnes burger otai yer

    ReplyDelete
  10. Salam..kepada tuan punya perniagaan OTAI burger ni.saya tak pasti satu bos semua cawangan atau lain cawangan lain Bo's..boleh feedback semula tak?

    ReplyDelete
  11. Kalau saya nak beli raging berger otai ada jual ke mane2 tmpt spt Tesco ke...atau saya kene pgi beli sendiri dikilang..blh saya tau dimana saya boleh beli raging berger sahaja untuk saya masak dirumah sahaja

    ReplyDelete
  12. Hi saya nak luahkan rasa tak puas hati dengan cara layanan yang diberikan kepada anak saya yang ingin beli burger ayam kat gerai jalan Kuching dengan kedai magnum. Body language dan Bahasa yang digunakan Oleh penjual tu seolah Olah macam attitude gangster. Jangan Malukan orang lain biar pun budak kecil. Semua ade maruah. Kalau busy lambat atau ape ape Alasan biar bahasa tu betul. Kalau budak tu Balas balik malu kau

    ReplyDelete
  13. Suhaimi.. hutang bila nak byr wehh

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. otai burger ampang tak bayar gaji berkeje . betul ke ?

    ReplyDelete
  16. beragak la . cakap maju kan orang melayu ni sampai gaji tanak bayar makan kederat namanye

    ReplyDelete