OTAi BURGER DI MEDIA

DARI BAWAH POKOK KE MERCU KEJAYAAN

SEJARAH SUHAIMI ABAS


Bak kata pepatah 'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu', begitulah kata bidalan yang sesuai dikaitkan dengan usahawan muda, Suhaimi Abas, 36, atau lebih dikenali sebagai Mie Otai yang kini berjaya mengecap kejayaan dalam usia muda. Jika dahulu, Suhaimi hanya peniaga jalanan yang hanya berpayungkan dahan nan rimbun, namun tiada siapa menduga berkat usaha gigih beliau selama 14 tahun itu, kini beliau mampu berdiri gah dalam industri franchais setanding dengan usahawan berjaya yang lain.

Mengimbas kembali rentetan perjalanan Suhaimi, beliau mula menceburi bidang perniagaan bertempat di Jalan Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. Ketika itu, usianya baru mencecah 20 tahun. Ketika itu, jelas anak muda yang berasal dari Pantai Remis, Perak ini, beliau sanggup mengorbankan masa dan usia remajanya dengan menceburi bidang perniagaan. Ini dilakukan kerana beliau terdorong atas dasar minat yang terlalu mendalam terhadap bidang perniagaan. 

Tempoh 14 tahun menceburi bidang perniagaan burger, ternyata membuahkan hasil yang membanggakan apabila beliau mampu memiliki perniagaan franchaisnya sendiri atas jenama Otai yang bermaksud Organisasi Tempat Ambil Ilmu yang merupakan sebuah organisasi untuk melatih usahawan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pemilik Otai Franchise Sdn Bhd, ikuti temubual eksklusif Businesskini pada keluaran kali ini.

Apa yang saya kecapi hari ini merupakan berkat usaha keras saya pada masa silam," begitulah ungkapan kata-kata usahawan muda Suhaimi Abas mengenai dirinya. Menurut Suhaimi, segalanya bermula ketika beliau berhijrah ke Kuala Lumpur di usia 17 tahun, mengikut bapa saudaranya bagi membantu beliau menjual kacang rebus di Jalan Raja Bot, Chow Kit selama tiga tahun.

Kemudian di usia 20 tahun, Suhaimi menceburi perniagaan menjual buah-buahan dan alat permainan kanak-kanak. Tetapi perniagaan tersebut gagal. Biarpun gagal, namun untuk berputus asa tidak sekali pada anak muda ini, akhirnya beliau beralih arah menjadi budak penjual burger jalanan ketika di usia 22 tahun. Ternyata menjual burger sinonim dengan diri beliau sehingga membawa kejayaan yang cukup membanggakan.

FORMULA KEJAYAAN

Katanya sepanjang berniaga di jalanan, anak sulung kepada 10 orang adik-beradik ini sentiasa mencari formula terbaik untuk beliau bergelar usahawan berjaya. Namun untuk mencapai kejayaan bukanlah satu jalan yang mudah, pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhinya. Beliau tetap tabah, sabar dan redha sepanjang mencari fomula untuk berjaya.

Dengan membuat banyak rujukan dan nasihat dari Pensyarah Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya (UM), Dr. Anuddin Abdul Ghani yang dianggap sebagai gurunya, menjadi pendorong kepada kejayaaan yang dikecapi beliau. "Saya berterima kasih kepada beliau, tanpa dorongan dan sokongan beliau, saya tidak mungkin berjaya hingga ke tahap ini. Oleh kerana itu, saya tidak akan pernah melupakan budi baik beliau," terang Mie Otai, di mana impiannya kini telah menjadi kenyataan apabila beliau berjaya membina empayar perniagaannya sendiri dengan menubuhkan OTAi Franchise Sdn Bhd yang kini sudah berusia lima tahun sejak penubuhannya. 

Menurut Mie Otai, OTAi Franchise Sdn Bhd ditubuhkan untuk melahirkan ramai anak muda terutama mereka dari kalangan pelajar lepasan sekolah yang masih menganggur, kemudian dididik dengan memberikan mereka ilmu bagaimana untuk menjadi usahawan. Ini adalah hasrat beliau ke arah pembangunan insan, bagi melahirkan ramai usahawan Melayu yang berjaya dan berdaya saing. Seiring dengan seruan kerajaan untuk memantapkan ekonomi di kalangan bangsa Melayu setanding dengan bangsa lain.

"Secara tidak langsung, apabila ramai anak Melayu menceburi perniagaan akan memantapkan sosio ekonomi bangsa Melayu. Kerana sebelum ini, jika kita lihat sektor perniagaan rata-rata dimonopoli oleh bangsa lain. Bagaimanapun, hari ini bangsa Melayu semakin sedar dan sedia bersaing memajukan diri sebagai ahli perniagaan," terang Mie Otai bangga. Menurut beliau lagi, atas berkat usaha yang berterusan, kini rangkaian perniagaan Burger OTAi mempunyai hampir 200 kiosk di sekitar Lembah Klang. Ini merupakan satu pencapaian dan perkembangan baik.

PERKHIDMATAN OTAi

Syarikat OTAi menyediakan pelbagai kemudahan untuk bakal usahawan, bagi mereka yang berminat untuk menjadi perniaga burger boleh menghubungi syarikat OTAi di talian tertera. Antara khidmat yang disediakan:
  • Pusat latihan usahawan OTAi (program pembangunan usahawan OTAi)
  • Membuat dan membekal kiosk serta peralatan memasak burger.
  • Membekal dan mengedar barangan burger dan sejuk beku.
  • Mengurus lokasi serta lesen niaga
  • Mengurus modal perniagaan (MARA, Tekun, PNS, PUNB, dan SME Bank).
  • Kawalan mutu serta servis berterusan.
  • Khidmat sokongan selama dua tahun.

KELEBIHAN OTAi
  1. Modal Franchais yang terendah di antara Francaisor-francaisor lain.
  2. Jenama unggul di pasaran dengan mempunyai 200 kiosk di sekitar Lembah Klang dan Selangor.
  3. Menentukan sokongan pelanggan yang berterusan.
  4. Aliran tunai yang mudah dan 100% menguntungkan.
  5. Resepi tersendiri dengan jenama OTAi
  6. Francais makanan segera yang berpotensi tanpa dipengaruhi ekonomi global.
Nasihat beliau pada para usahawan, untuk beroleh kejayaan, maka seseorang itu perlu tahu cara mengurus pentadbiran (HR) selain mengawal selia aliran wang keluar masuk dan plan pemasaran. Katanya, hanya pengurusan yang teratur, berilmu dan sistem yang cekap akan membawa seseorang usahawan itu berjaya. Atas komitmen itulah, Suhaimi dapat berdiri teguh sepertimana hari ini.

"Untuk lebih maju dan berdaya saing, saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi. Ini adalah tekad saya," terang Mie Otai mengenai perjuangannya. 

JAWATAN DISANDANG
  • Ketua Pegawai Executive, Kumpulan Syarikat OTAi (Group CEO)
  • Penaung Biro Ekonomi Pemuda UMNO Bahagian Cheras
  • Penaung Republic of Team Shell (ROTS)
  • Pengerusi G-Ten (Gabungan Team Entrepreneur Network)- Mentor-Mentor MARA KL
  • Pengerusi Biro Ekonomi Belia. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  • Ahli Majlis Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS)


"Melahirkan Usahawan Adalah Perjuangan Hidup Aku" - Suhaimi Abas
BUSINESS KINI EDISI 4 PP160008/07/2009 (022099)
www.businesskini.com






6 comments:

  1. saya beli gerai otai burger Seksyen 20 Shah Alam...tak sedap...terlalu ringkas tak sama gerai burger lain yg sekitarnya...harga pun RM3 jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak klau nk compare dgn burger lain .. Ikut sukala. Kami punya simple and nice ...sayur,sos lebih,lameyo lebih awak nk dkat burger rm3 awak kmi bgi free tau. Bersyukur LA sikit

      Delete
    2. JNgn laa buka aib org di sini..kan lebih elok berdepan..nk tegur..tegur elok2

      Delete
  2. PUAS HATI... SAYA SUKA...SAYA SUKA...LG2 DEKAT DGN OFIS, DAGING DIA SEDAP, MAYO LEBIH, SAYUR PON BANYAK, BERBALOI2 DR BELI BURGER KAT MCD ATAU KFC.... MMG TERBAIK..

    ReplyDelete
  3. Salam macam mana nak join otai burger

    ReplyDelete
  4. Salam, saya nak buat aduan sikit .. saya cari no phone untuk whatsapp tak jumpa, jadi sy komen disini saja .. semoga diambil tindakan .. sebentar tadi saya baru lepas beli burger .. untuk pengetahuan sy mmg selalu beli burger otai ni di pusat komersial seksyen 7 .. sebelum ni smua ok, tapi harini saya rasa seperti ditipu .. saya order BURGER AYAM DOUBLE SPECIAL KURANG SOS TANAK MOYONISE & SAYUR .. dalam 2 minit tggu tiba2 pekerja tu ckp "kalau letak cheese sikit x apa?" .. sy kata tak apa, fikiran sy mungkin dia letak cheese sikit nak bg sedap .. rupanya dia nak bg yg orang lain punya yg dah siap masak .. then saya tanya "ada sayur tak?" .. dia cakap ada, lepas tu dia kata dia buang .. dia buka burger tu balik dan buang sayur .. lepastu sy pun terima je laa, dan bayar dgn harga RM8.50 x silap .. saya rasa burger ayam double special x semahal tu sepatutnya .. sbb sbelum ni beli speso + telur pun baru RM7 kalau x silap .. lepas tu smpai rumah sy makan, rupanya ada lg bawang belah bawah .. x apa laa,sy ok .. tp itu bukan burger ayam yg sy nak, rupanya dia bg burger speso dan dibelah tgh letak cheese .. patut laa pun harga sampai RM8 lebih .. sy x kesah pun isu harga kalau betul apa yg dia bg mcm sy order .. tp dia ckp ni ayam double special , tp dia bg speso siap cheese lg .. sy harap dpt ditegur budak yg jaga tado .. budak lelaki bertopi .. selalu dia yg jaga tengah malam dalam pukul 1 pagi .. tq ..

    ReplyDelete